penasihat kehormat pasukan negeri kelantan disarankan atau dinasihatkan untuk terus berjumpa ketua jurulatih pasukan itu jika mahu membuat sebarang teguran dan tidak membuat kenyataan secara terbuka di media sosial.
'Beliau boleh berjumpa dengan kdevan apabila dia mempunyai pendapatnya yang tersendiri'
'cuma medium penyampaian perlu lebih teliti agar tidak disensasikan oleh pihak yang tidak bertangungjawab'
dalam pada itu, dato' vida mendesak ketua jurulatih kdevan untuk mengubah cara atau taktik permainan pasukan kerana dikatakan taktik yang digunakan pada masa sekarang adalah mudah dibaca oleh pihak lawan.
Sementara itu mengulas prestasi semasa skuad Pamoga Qu Puteh itu, Mahizi berkata bekas juara tiga piala musim 2012 itu tidak perlu menekan butang panik buat masa ini.
"Dalam tiga perlawanan sebelum ini, Kelantan belum tewas. Cuma taktikal yang digunakan Devan setakat ini kita agak diragui.
"Kami harap penyokong bersabar dengan situasi sekarang dan beri peluang kepada jurulatih untuk mencari formula terbaik," jelasnya.
Tambah beliau, pasukan Kelantan musim ini dilihat begitu tumpul khususnya pada bahagian serangan.
"Jadi kita perlu beri peluang kepada Devan agar beliau dapat menambah sengat di posisi serangan," jelasnya.
Selepas dua perlawanan di Liga Super, skuad Kijang kini berada di kedudukan keempat dengan mengumpul empat mata selepas mencatat satu keputusan seri dan satu kemenangan.
Untuk perlawanan seterusnya, mereka bakal dicabar pasukan Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat ini.

No comments:
Post a Comment