F
Kononnya seorang saudagar kaya hendak membeli hamba sahaya. Dia berkeliling ke pasar hamba. Lalu menemukan seorang pemuda yang menjadi hamba. Si saudagar itu tertarik dan membelinya. Tetapi si hamba mahu dibelinya asalkan si saudagar memenuhi tiga syarat yang di ajukan
“aku mahu menjadi hamba tuan , tetapi jika tuan memenuhi syarat yang ku ajukan,” kata hamba itu
“sebutkan!’’
“Aku seorang muslim yang mempunyai kewajipan solat. Maka ketika masuk waktu solat, jangan sesekali tuan melarangku untuk melakukannya. Kedua, pada siang hari tuan boleh menyuruhku melakukan apa sahaja. Tetapi jangan sesekali menyuruhku pada malam hari kerana aku ada keperluan khusus. Ketiga, jika tuan berkenan, maka aku minta disediakan bilik khusus dan tidak seseorangpun termasuk keluarga tuan memasukinya. Jika tiga syarat itu dipenuhi. Maka aku bersedia menjadi hamba tuan,” kata pemuda itu
“Baiklah , aku akan memenuhi permintaan mu itu agar sahaja kau mahu menjadi hambaku dan bekerja dengan baik di rumahku ,” kata saudagar menyanggupi dan selajutnya membawa pulang si hamba tersebut
Rumah saudagar itu sangat besar dan bagus. Bangunan itu berdiri di atas tanah yang luas. Sedangkan tanah yang berupa kebun dan taman di kelilingi oleh tembok. Pemuda yang menjadi hamba itu berpusing-berpusing melihat suasana dan keadaan di sana. Tiba-tiba ia menjumpai bangunan yang jauh dari rumah induk. Pemuda tersebut tertarik, padahal bangunan itu terkesan tidak terurus dan kelihatan hampir roboh.
“ tuan tidak perlu membuatkan aku bilik khusus kerana aku menemukan sebuah tempat tinggal. Bangunan buruk di belakang rumah itu biarlah aku tinggal di sana pada malam hari. Aku suka berada di sana.” Kata si hamba kepada majikannya
“ jangan, aku akan memuatkan kamu bilik khusus. Sebab bangunan itu sudah lama ku biarkan dan tidak terurus,” kata saudagar.
“ aku lebih suka tinggal bersama allah di bangunan yan hampir roboh itu. Bagiku bangunan buruk itu adalah syurga dalam hatiku,” kata si hamba setengah memaksa. Dan saudagar itu mengizinkannya.
Mulai hari itu, pemuda tersebut menjadi hamba sahaya dan mengabdi kepada majikannya dengan penuh tanggungjawab. Dia setia melayani dan rajin bekerja. Jika waktu malam, dia masuk ke bangunan buruk yang dianggap sebagai tempat tinggalnya yang menyenangkan . sepanjang malam dia solat untuk berdialog dengan allah s.w.t
Suatu malam si majikan keluar rumah dan berjalan berjalan di sekitar perkarangan. Dia juga melalui bangunan buruk yang di tempati oleh hamba itu. Secara tidak sengaja, dia melihat bangunan tersebut dan mendadak dia terperanjat . Matanya tidak berkedip melihat keanehan yang terjadi, sebab bangunan hambanya itu mengeluarkan cahaya. Si majikan tersebut melangkah mendekati bangunan dan cuba mengintip melalui celah-celah dinding. Dia semakin hairan kerana melihat hambanya sedang sujud dengan khusuk. Sementara itu, ada lampu bercahaya terang. Lampu itu tidak bergantung pada apa apa pun
Si majikan menahan nafas dan berusaha agar kedatangannya tidak mengusik hambanya. Dia mendengar hambanya sedang bermunajat kepada allah s.w.t dengan suara merintih, “tuhan, ampunkan aku .
Sesungguhnya engkaulah adalah zat yang bijaksana dan megerti akan kesulitanku. Kerana itu maafkanlah aku. Sebab aku memang wajib mentaati majikan ku. Aku melayaninya pada siang hari. Kalau sahaja aku tidak mempunyai kewajipan tersebut, tentu seluruh waktu ku, baik siang mahupun malam ku pergunakan untuk berkhidmat kepadaMu. Maafkanlah aku wahai Tuhan!”
Diam-diam majikannya terperanjat. Hatinya terasa bergetar dan terharu. Dia berdiri erpaku tak bergeming. Matanya tak lepas mengintip hambanya melalui celah dinding. Menjelang subuh, lampu yang berada di atas hambanya itu mati dengan sendirinya. Bahkan lenyap sama sekali. Atap bangunan yanag semalam terbuka kini tertutup kembali
Si majikan bergegas meninggalkan tempat itu. Dia segara masuk ke rumah dan menemui isterinya. Diceritakan kepada isterinya tentang kejadian semalam. Tetapi sterinya tidak percaya. Justeru menuduh suaminya mengigau
“kalua tidak percaya, malam nanti ikutlah aku untuk mengintai si hamba itu!” kata si majikan
Pada malam berikutnya, si majikan bersama isterinya mengendap-ngendap menuju ke tempat si hamba. Tanpa sedikit pun bersuara, mereka mengintip melalui celah dinding. Keajaiban yang sama turut berlaku. Wanita dan majikan itu melutut kerana merasa amat hairan
Kedunya tenggelam dalam keharuan, sehingga air mata menitis tak terasa. Tanpa sedar majikan memimpin tangan isterinya dan kembali ke rumah untuk tidur. Keesokan harinya, mereka memanggil pemuda hamba itu
“kami sangat takut kepada Allah,” kata si ajikan memulakan perbicaraan
“baguslah kerana orang beriman memang wajib takut kepada allah,” pemuda itu menambahkan
“ kerana kami takut kepada Allah, maka kami berfikir untuk tidak mengekangmu menjadi hamba. Agar kau pun bebas dan mempunyai banyak waktu untuk beribadah kepada –Nya.” Kata si majikan.
“ ya , kami ingin membebaskanmu sekarang juga. Dengan demikian engkau menjadi manusia merdeka dan tidak menjadi hamba lagi,” sang majikan menyakinkan pemuda itu.
“benarkahhh?”
“ ya, agar engkau memiliki banyak masa untuk bermunajat pada ALLAH S.W.T sebagaimana yang engkau keluhkan setiap malam waktu sujud di rumah yang sederhana itu,” jawab majikan bersunggug sungguh
Pemuda itu merasa sangt terharu. Matanya berkaca kaca kerana tidak mampu menahan kegembiraan. Ia lalu melakukan sujud syukur. Dan setelah itu tidak bangkit kembali, hamba yang baharu sahaja dibebaskan itu, meninggal untuk selama lamanya
ILMU ALLAH HARAP DAPAT DISEBARKAN INSYAALLAH
No comments:
Post a Comment