APA ITU TENAGA SOLAR
Tenaga suria atau tenaga solar adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari. Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga lain, seperti di kawasan terpencil dan di angkasa lepas. - wikipedia
PERANAN TENAGA SURIA KEPADA SISTEM DAN HIDUPAN DI BUMI
PERANAN TENAGA SURIA KEPADA SISTEM DAN HIDUPAN DI BUMI
Kepentingan kepada sistem bumi:
Suria
merupakan punca tenaga utama bagi meneruskan kelangsungan proses dalam
sistem bumi dan juga kelangsungan hidup manusia, haiwan serta tumbuhan.
Peranan tenaga suria kepada sistem bumi meliputi aspek-aspek seperti
yang berikut:
Kepentingan kepada sistem atmosfera.
Semua
proses dan fenomena dalam atmosfera bermula dengan adanya tenaga haba.
Tanpa tenaga haba, tindakan angin,hujan/kerpasan, ribut taufan, petir
dan lain-lain lagi tidak akan berlaku.
Contohnya dalam proses kejadian hujan. Bermula dengan tenaga suria yang akan memanaskan permukaan air seperti laut dan sungai.
Tenaga haba yang mencukupi diperlukan untuk membolehkan wap-wap air tersejat ke udara.
Semakin
tinggi wap-wap air naik ke udara, proses kondensasi akan berlaku yang
menunjukkan tenaga haba dalam jisim udara tersebut semakin berkurangan
atau suhu di dalamnya semakin rendah sehingga wap-wap air tadi tepu
untuk turun sebagai hujan.
Begitu
juga dengn angin, syarat yang membolehkan angin bertiup ialah mesti ada
perbezan tekanan udara. Perbezaan tekanan udara ini wujud akibat
perbezaan suhu tau tenaga di antara dua tempat.
Mengikut
Hukum Boyle, apabila suhu tinggi maka tekanan udara menjadi rendah dan
apabila suhu rendah maka tekanan udara menjadi tinggi.
Angin
akan bertiup dri tekanan tinggi ke tekanan rendah. Semakin besar
perbezaan tekanan ini maka angin akan berukar menjadi ribut, taufan,
tornado dan sebagainya.
Kepentingan kepada sistem geomorfologi.
Untuk
membolehkan semua proses geomorlogi seperti
luluhawa,hakisan,pengangkutan,dan pemendapan berlaku mesti adanya tenaga
haba dari sinar suria.
Tenaga ini akan bertukar kepada pelbagai bentuk khususnya tenaga potensi dan juga tenaga kinetik.
Kedua-dua tenaga ini menjadi penentu kepada kelangsungan proses-proses geomorfologi di muka bumi ini.
Dalam
proses luluhawa fizikal tenaga suria(haba) diperlukan untuk
meningkatkan dan menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam.
Perubahan
tenaga haba ini akan menyebabkan batuan menjadi leburpanas dan sejuk
dan seterusnya tersepai. Begitu juga dengan luluhawa kimia, tenaga haba
diperlukan untuk membolehkannya beroperasi.
Mengikut
prinsip Vant Hoff “syarat mula luluhawa kimia bertindak ialah pada suhu
10℃ dan setiap kali suhu meningkat sebanyak 10℃ maka kadar tindak balas
kimia batuan akan turut meningkat 2 atau 3 kali ganda.
Dalam
proses hakisan pula, tenaga yang bertindak ialah tenaga kimia yang juga
berasal daripada tenaga haba suria yang telah mengalami perubahan.
Semakin
laju pergerakan air sama ada sungai,ombak, atau glasier maka tenaga
kinetik yang terhasil adalah tinggi dan ini akan menyebabkan kadar
hakisan juga menjadi tinggi.
Dalam
kes hakisan glasier misalnya, kadar hakisan akan berganda pada musim
panas kerana pada masa itu kuantiti glasier yang cair adalah banyak.
Kecairan glasier hanya berlaku apabila mempunyai tenaga haba suria yang
mencukupi.
No comments:
Post a Comment