Tuesday, 26 February 2013

Kisah umat nabi muhammad yang ingkar terhadap ajaran islam di akhirat


Kisah umat nabi muhammad yang ingkar terhadap ajaran islam di akhirat


F


Menurut anas bin malik R.A. selepas 3 hari rasulullah s.a.w berjumpa dengan jibril mengenai separuh umatnya yang menghuni neraka jahanam. Hati rasulullah masih lagi sedih. Ketika itu abu bakat R.A datang menemui baginda muhammad. Abu bakar R.A ingin tahu dan menanyakan apa yang menyebabkan baginda menangis. Namun rasulullah s.a.w tidak kuasa menjelaskannya. Ia hanya menangis sehingga abu bakar r.a turut menangis pula. Selanjutnya datang lah umar r.a bertanya, rasullah s.a.w tetap menangis . umar r.a pun turut menangis . tidak lama setelah itu, datanglah salman al-farisi r.a yang akhirnya turut bersedih.
Salman r.a kemudian pergi ke rumah puteri rasulullah s.a.w  iaitu fatimah. Sambil menangis, salman r.a menjelaskan keadaan rasulullah s.a.w . fatimah bergegas ke rumah ayahandanya.
“wahai ayah, aku puterimu Fatimah yang datang .” kata fatimah
Dengan wajah yang pucat (kerana banyak menangis dan bersujud kepada ALLAH s.a.w ), Rasulullah keluar menemui puterinya . melihat ayahnya menangis, maka fatimah pun menagis pula
“wahai ayah, apa yang menyebabkan engkau menjadi sangat bersedih? Tanya fatimah
Rasulullah s.a.w masih menangis dan di sela-sela tangisnya. Baginda s.a.w berusaha untuk menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan malaikat jibril beberapa hari yang lalu
“ Jibril telah datang kepada ku dan telah menjelaskan kepadaku sifat-sifat neraka jahannam. Diterangkan pula kepadaku bahawa kelak umatku yang berdosa besar menempati neraka jahannam yang paling atas. Itulah  sebabnya aku, bersedih dan menangis berhari-hari.”
“wahai ayahanda, bagaimana cara masuknya?” tanya fatimah
Rasulullah S.A.W kemudian menerangkan bahawa orang yang berjanggut ditarik janggutnya. Bagi perempuan ditarik rambut kepalanya. Bagi yang usia tua berkata, “aduh alangkah tua dan lemahnya aku.”bagi yang remaja berkata”sayang sekali ketampanan dan kecantikkanku, aku malu.” Mereka kemudian dihadapkan ke hadapan malaikat Malik.
“siapakah mereka aku tidak pernah menjumpai orang-orang seperti ini(aku diseksa), mukanya hitam, matanya tidak biru, mulutnya pun tidak tersumbat, tidak dibelenggu syaitan dan tidak dirantai seperti penghuni neraka yang lain?” tanya Malaikat Malik demi meliha umat Muhammad yang digiring itu.
“tugasku hanya mengiring mereka ini,” jawab malaikat yang mengiring mereka
“wahai orang-orang yang celaka, siapakah kalian ?” tanya malaikat malik
“kami sebenarnya adalah umat Muhammad. Kami telah diamanahka al-qur’an. Kami juga berpuasa pada bulan ramadhan,” jawab mereka.
“al-qur’an hanya diturunkan untuk umat Muhammad,” kata malik
“ sungguh kami adalah umat Muhammad!” teriak mereka.
“Apakah di dalam al-quran tidak memuat larangan tentang maksiat .Apakah dalam al-quran tidak menjelaskan kewajipan bagi umat Muhammad untuk solat?” tanya malaikat malik
Mereka kemudian digiring ke pintu neraka jahannam dan diserahkan kepada malaikat penjaganya, iaitu malaikat zabaniah
“ wahai malik perkenankan aku menangis!” pinta mereka kepada malaikat malik.
Malaikat malik memberi kesempatan bagi orang-orang berdosa itu untuk menangis. Mereka lalu menangis semahu-mahunya sehinggakan air mata menjadi kering dan keluarlah darah dari kelopak mata mereka.
“sia-sia sahaja kalian menangis seperti itu kerana tidak mungkin tangisan kalian dapat membebaskan kalian dari seksa neraka. Seandainya dahulu ketika di dunia kalian menangis (bertaubat) maka pasti terbebas dari jilatab api neraka.” Kata malaikat malik
Malaikat malik kemudian menyuruh kepada zabaniah untuk melemparkan mereka ke dalam neraka jahannam . orang-orang yang berdosa itu kemudian menjerit serta mereka mengucapkan LAILAHAILALLAH. Maka panas api neraka mendadak berkurang
“ wahai api bakarlah mereka!” teriak malaikat memerintah Jahannam
“Aku tidak berkuasa membakar kerana mereka mengucap kalimah tauhid,” jawab api neraka
“wahai api, sambarlah mereka !” teriak malaikat malik
“aku tidak sanggup menyambar mereka kerana mreka mengucapkan kalimah itu,” kata malaikat zabaniah.
“wahai api, ALLAH sebagai penguasa Arasy memerintahkanmu untuk menyeksa orang-orang itu!” kata malaikat malik.
Neraka jahannam kemudian menyambar mereka. Orang-orang yang tidak dapat lepas dari seksaan-Nya itu berada dalam keadaan yang sangat mnyedihkan. Api membakar telapak kakinya. Ada yang terbakar sampai lutut ,perut ada pula sampai lehernya. Ketika api hendak membakar wajah mereka. Tiba-tiba malaikat malik memperingatkan Jahannam
“ Jangan kamu bakar wajah mereka kerana telah lama digunakan untuk bersujud kepada ALLAH S.W.T. Jangan pula bakar hati mereka kerana pernah haus di bulan Ramadhan!.
Rasulullah s.a.w kemudian melanjutkan keterangannya bahawa ini untuk sebahagian penghuni neraka Jahannam. Tapi mereka membaca YA ARHAMAR RAHIMIN YA HANNAN YA MANNAN. Kemudian jika hukuman mereka tamat, maka ALLAH S.W.T  menyeru dan bertanya kepada malaikat jibril. “wahai jibril, bagaimana keadaan umat Muhammad yang berbuat maksiat?”
“ya ALLAH, Engkau Maha Mengetahui,” jawab malaikat jibril
Malaikat jibril kemudian menemui malik yang sedang duduk di antara mimbar neraka jahannam
“Bagaimana keadaan umat nabi muhammad yang berbuat maksiat?” tanya jibril
“keadaan mereka sungguh mengerikan. Tempatnya sempit. Tubuh dan daging terbakar hangus kecuali wajah dan hati mereka tetap berkilauan,” kata malaikat malik
“ Aku mohon engkau bukakan hijab neraka, agar boleh melihat mereka,” pinta jibril
Malaikat malik kemudian menyuruh Zabaniah penjaga Jahannam untuk membuka tabir . jibril melihat mereka yang sedang diseksa. Dan mereka pun melihat kehadiran jibril
“wahai malaikat malik, siapakah yang datang dengan bentuk yang bagus itu?” tanya mereka 
“ dia itu Jibril. Pembawa wahyu kepada muhammad s.a.w.” jawab malaikat
Mendengar nama muhammad s.a.w disebut, maka mereka berteriak-teriak kerana merasa ada harapan baru
“wahai jibril, sampaikan salam kami kepada Muhammad. Sampaikanlah bahawa yang memisahkan kami dengannya kerana perbuatan maksiat yang kmi lakukan. Kerana kami enggan menunaikan solat fardhu. Tolong sampaikan pula tentang keadaan kami di neraka ini!” teriak mereka dengan penuh harapan
Malaikat jibril kemudian menghadap ALLAH s.w.t dan menyampaikan segala yang dilihatnya di neraka Jahannam. Lalu ia menemui nabi muhammad s.a.w yang sedang berehat di dalam khemah permata putih yang mempunyai banyak pintu iaitu sebanyak empat ratus, yang ana setiap pintu berlapiskan emas
“wahai Muhammad, baru sahaja aku melihat umatmu yang derhaka. Mereka diseksa dalam neraka. Mereka berkirim salam dan memohon perhatianmu,” kata malaikat jibril menyampaikan pesan
Nabi Muhammad s.a.w kemudian pergi ke bawah Arasy dan bersujud di hadapan ALLAH S.W.T
“Angkatlah kepalamu dan berdoalah pasti aku mengakbulkannya. Ajukan syafaatmu pasti diterima,” kata ALLAH S.W.T
“ wahai tuhan umatku yang derhaka telah menerima dan menjalani hukuman dari-Mu. Maka terimalah syafaatku,” kata nabi s.a.w dalam doanya
“aku terima syafaatmu untuk mereka. Pergilah ke neraka dan bebaskan mereka yang pernah mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH,” kata ALLAH S.W.T
NABI S.A.W kemudian menemui malaikat malik. Ia diterima dan dihormati
“wahai malik, bagaimana keadaan nasib umatku yang derhaka?” tanya nabi muhammad s.a.w
“ sangat buruk keadaan mereka,” jawabnya
“Bukalah tabir neraka agar aku dpat melihat mereka dengan jelass,” pinta nabi muhammad s.a.w
Tabir pun dibuka dan pintu neraka terkuak. Nabi muhammad s.a.w boleh melihat keadaan mereka yang sangat menyedihkan. Mereka juga dapat melihat nabi muhammad s.a.w  demi melihat Rasulullah s.a.w, mereka berteriak memanggil-manggil
“ya Rasulullah, api telah membakar tubuh kami, tolonglah kami!” teriak mereka.
Mereka kemudian diangkat dari Jahannam dan di bawa ke sungai di depan pintu syurga. Nama sungai itu adalah Nahrul Hawayan. Setelah dimandikan maka berubahlah wajah mereka menjadi tampan dan cantik bagaikan bulan purnama. Tetapi pada dahi mereka terdapat tulisan yang tidak dapat di hapuskan bermaksud bekas penghuni neraka Jahannam. Mereka kemudian di masukkan ke syurga. Ketika penghuni neraka yang lain melihat mereka dibebaskan, maka berkatalah, “ seandainya di dunia dulu aku beragama islam dan mengakui kerasulan Muhammad, pasti aku akan dibebaskan seperti mereka
Demikianlah kisah tentang neraka berdasarkan hadis yang berasal dari anas bin malik r.a .  nyatalah bahawa ada golongan orang yang masuk neraka tetapi tidak kekal, contohnya adalah umat nabi muhammad s.a.w yang semasa hidupnya bergelumang dengan dosa tetapi pernah mengucapkan kalimah tauhid. Mereka akan mendapat syafaat setelah sekian lama diseksa di neraka,tetapi ada juga golongan yang kekal menghuni neraka, yakni tetap menerima hukuman tiada henti selama-lamanya. Mereka itu adalah orang-orang kafir,musyik dan murtad

ILMU ALLAH HARAP DAPAT DISEBARKAN INSYAALLAH

No comments: