Wednesday, 23 March 2016

PUISI SEORANG HAMBA YANG BERDOSA

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.

Aku bagaikan seekor burung kerdil
Terbang dari pagi sewaktu aku lahir
Menuju kiblat sujudku
Ufuk arah mentari terbenam
Sebelum menjelang malam kematian

Aku sekadar datang singgah disini
Untuk berteduh sekejap
Mencari rezeki pahala yang aku dambakan
Buat ku persembahkan kepada kekasihku Allah
Yang menanti ku nun jauh ditaman paling hujung
Yaumil Masyar namanya.
Tempat dimana aku dihisab
Kemana telah aku alamatkan niatku
Atas segala amal perbuatan ku
Yang dikatakan
Cinta, Harap dan Korban ku
Terhadap kekasih hakiki ku

Kekasih ku itu tidaklah cerewet
Tetapi Dianya terlalu waspada
Dia juga tidak mahu tertipu
Macam kita
Disitulah letak sifat bijaksana Nya
Dia berkehendakkan bukti cinta
Disitulah letak sifat keadilan Nya
Kerana Cinta Nya itu terlalu mahal
Yang tidak terbeli dengan nilai
Walau pun dunia dan seisinya

Kebetulan aku lalu
Aku terlihat tangan yang menggapai
Lalu aku singgah
Aku cari ruangan yang terindah
Sunyi dari terdedah
Bertemu dengan kamu saudaraku
Dan kita bertegur sapa

Sekiranya benar dan sungguh
Bagai yang dikata
Didalam kata puisi
Kamu telah jauh melayang
Dihanyutkan angin kehidupan yang kencang
Mungkin dari doa mu yang makbul
Niat mu yang ikhlas
Dalam beribu teman
Aku yang mungkin Allah gerakkan
Sudah pun sampai
Bukan untuk menunjuk pandai
Bukan untuk menunjuk diri yang dah cukup
Tapi aku hanya sekadar pembawa amanah
Walau pun tak terdaya oleh aku
Kerana aku hanya seekor burung kerdil
Namun untuk berputus asa
Tidak

Tidak kira dari golongan kaum Adam
Atau dari golongan kaum Hawa
Golongan tua atau muda
Demi kerana kekasih ku Allah
Aku tidak layak memilih
Jangan dirisau tentang upah
Upah yang lumayan dari Allah
Bagi ku lebih berbaloi
Jangan dirisau tentang jodoh dan pertemuan
Jodoh, pertemuan, rezeki, ajal dan maut
Hanya ditangan Tuhan yang menentukan
Jangan dirisau tentang hati dan perasaan
Aku bukan pujangga yang bermimpi dengan khayalan
Atau si penglipur lara yang mengambil kesempatan
Jatuhkan talak pada sangkaan buruk
Barulah gugur pintu yang menghijabkan cahaya.

Kepada Allah aku serahkan
Aku berdoa menadahkan tangan
Kebesaran amanah kasih ku
Aku dambakan dilubuk kalbuku
Tiada yang lain hanya Dia lah yang tunggul
Ditelapak tanganku
Aku letakkan dunia dan seisinya
Hanya sebagai batu loncatan
Jambatan ku keakhiratku
Inilah dia perbezaan
Antara yang faham dengan yang tahu
Antara mahu denga tidak mahu
Kepada Kekasih ku, Tuhanku, Allah

Masaku bejalan laju
Memotong jangka hayatku
Sebelum dihalau aku pergi
Keluar dari taman hijau ini
Lebih baik aku memohon diri
Aku terpaksa beredar
Menyambung perjalananku
Menghadap arah kedestinasiku
Definasiku terpaksa aku teruskan
Terima kasih aku ucapkan
Kerana sudi menggamit tangan
Meluangkan masa berkenal kenalan
Tidak mengapa jangan dirisaukan
Segala gala
Apa yang dihidangkan
Akan aku telan buat santapan pengalaman
Sebagai pedoman mengasah kefahaman
Ilmu Allah yang seluas lautan.

Atau Allah ingin menunjukkan
Apakah kita tahu apa yang kita doakan
Atau sekadar berdoa dengan perasaan
Atau apakah kita tahu apa yang kita laksanakan
Atau sekadar melayan dengan hidup perasan tanpa perasaan
Atau Allah mahu menunjukkan
Bahawa kitalah golongan manusia
Yang cuba menipu Allah
Dengan cara yang disangka bijak
Tetapi tidak
Aku tak tahu
Tepuk dada tanya iman
Jangan hidup berdolak dan berdalih
Jadi sang pungguk rindukan bulan
Kerana kita sendiri yang pilih
Jangan sesiapa dipersalahkan.

No comments: