Puteri Balqis Azizi telah mengharumkan nama negara apabila memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Asian Television Award yang diadakan di Singapura pada malam Khamis.
Balqis turut memecah rekod sebagai calon termuda memenangi kategori tersebut yang sebelum ini diungguli pelakon wanita dewasa.
Kemenangan Balqis sekaligus menutup mulut sesetengah pihak yang telah menyangkal anugerah Pelakon Wanita Terbaik yang dimenanginya pada Anugerah Skrin (ASK) 2014 baru-baru ini, hanya kerana pelakon berusia tujuh tahun ini menewaskan calon yang lebih 'berusia' dan berpengalaman.
Si genit berusia tujuh tahun itu telah berentap dengan lima calon lain yang lebih berpengalaman.
Lebih manis lagi, lakonannya menerusi drama 'Balqis' arahan Erma Fatima yang memenangi ASK 2014 sebelum ini turut membawa kemenangan kepadanya pada anugerah berprestij peringkat Asia .
Kemenangan Balqis juga telah diumumkan Erma menerusi laman Twitternya semalam.
Sebelum ini akhbar melaporkan, Erma merupakan individu yang bertanggungjawab menghantar nama Balqis ke Asian Television Award.
Tahniah daripada kami di Astro Gempak kepada Puteri Balqis kerana telah mengharumkan nama negara.
Semoga kejayaan ini terus menjadi pembakar semangat buat Balqis untuk terus mempamerkan prestasi terbaik pada masa akan datang.
Kejayaan Balqis diperingkat Asia telah membuktikan, bakat besar si cilik ini telah diperhatikan 'orang luar'.

.jpg)
.png)
No comments:
Post a Comment