Saturday, 13 December 2014

hubungan cinta kang gary dan song jih yo diteruskan



Pengacara rancangan realiti popular Running Man, Kang Gary mendedahkan tentang perasaan terhadap Song Jihyo dalam rancangan ‘One Night of TV Entertainment’ yang disiarkan baru-baru ini.

Melihat kepada keserasian dan kecomelan diantara Gary dan Jihyo, ramai yang berhasrat supaya pasangan ini benar-benar bercinta.

Menurut laporan Allkpop, Gary ketika ditanya mengenai hubungannya bersama Song Jihyo oleh wartawan rancangan tersebut, penyanyi rap itu hanya sekadar memberikan jawapan ‘selamat’.


“Hubungan kami adakalanya berdasarkan hubungan antara rakan sekerja dan adakalanya hubungan kami nampak seperti benar-benar terjalin,” katanya sehingga menyebabkan penonton yang hadir ketawa.

Tambah Gary lagi, hubungan mereka sebagai ‘Monday Couple’ akan diteruskan walaupun  selepas dia berkahwin.

“Saya rasa hubungan ‘cinta’ kami ini pasti akan diteruskan walaupun selepas saya berkahwin.

“Oh tidak, nampaknya kenyataan saya agak ‘over’… Maafkan saya,” ujarnya dengan nada bergurau menyebabkan Song Jihyo turut ketawa.



Bagaimanapun kepada peminat setia Running Man dan ‘Monday Couple’, jangan cepat membuat spekulasi sendiri kerana mereka hanyalah ‘couple’ dalam rancangan itu sahaja.

Jadi Tapi kalau ada betul pun apa salahnya kan?

No comments: