Tuesday, 27 October 2015

Kisah seorang pencinta duka



aku seorang lelaki. hidup ku seperti lelaki normal yang lain. punya minat yang sama. punya hobi yang sama punya keinginan yang sama cuma ada satu benda yang membuatkan aku lain daripada yang lain iaitu cinta.

perumpaan cinta adalah bila mana seorang lelaki mahupun wanita timbul nya satu emosi yang berasal daripada kasih sayang terhadap seseorang lelaki ataupun wanita. emosi untuk menunjukkan ada perasaan tertarik terhadap seseorang tetapi ia tidak boleh digambarkan mahu pun diukur cinta itu.

cinta merupakan satu sifat yang sangat suci, mahal dan tersangat tinggi tarafnya. sifat bagi sesebuah cinta adalah sempurna dan itu dipanggil cinta yang sejati.

aku juga tidak boleh lari daripada turut merasa begitu indahnya cinta. begitu asyiknya bila di lamun cinta kita merasakan seolah-olah dunia ini hanya ada aku dan si dia

tetapi

aku tidak mengetahui bahawa cinta yang kita impikan indah boleh menjadi pembunuh jiwa.
cinta yang ku harapkan di balas dengan kata-kata yang simple tapi sangat memberi kesan.



KISAH CINTA DUKA

aku seorang pelajar yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi yang terkemuka dalam negara. 
aku masuk ke universiti dengan kelulusan sijil tinggi persekolahan malaysia ( stpm). result ku masa spm dahulu sangat rendah dek kerana ku bermain cinta dengan gadis sehingga pelajaran ku abaikan.

bila masuk stpm dek kerana malu dengan kawan-kawan aku tekad aku mahu putuskan semua hubungan ku dan fokus dengan pelajaran. 

aku mendapat tawaran ke universiti dan perasaan ku begitu seronok kerana usaha ku berhasil. 
disini bermula kisah cinta duka ku..

masa semestar 1 lagi pandangan ku tertarik pada seorang gadis kelahiran johor cantik orangnya, baik orangnya perangai dia membuatkan ku bermimpi akan si dia dan yang palig beruntung adalah dia juga sama dengan kos yang aku ambik

pada ketika itu hatiku berkata-kata dan ia bermain dalam pemikiran ku sudah lama hati ku bersendirian dan mungkin kali ini benar jodoh yang ku cari.

aku mula rapat dengan si dia disebabkan satu program yang berjalan. kami semakin rapat sehinggalah satu malam dimana aku mengambil keputusan untuk memberitahu si dia akan isi hati

aku = awak, saya nak bagitahu yang saya dah suka dekat awak. maaf saya terpaksa bagitahu agar                 tenang hati saya. saya harap awak tak marah.

si dia= saya sebenarnya suka dekat awak tp saya malu nk bgtahu takut-takut awak dah ada yang                     berpunya

bermula malam tu kami makin rapat, makan sekali pergi kelas sekali malah dalam kelas pun duduk bersebelahan. kawan-kawan sekelas pun asyik gelarkan kami couple of the year perasaan masa tu macam aku dan dia sahaja yang ada lam dunia.

hubungan kali ini biarlah ke akhirnya aku beranggapan mcm tu.

tapi satu malam si dia ajak berjumpa, si dia agak pelik pada malam tersebut kerana lambat dtang biasa kalau ajak berjumpa. si dia yang paling tepat masa.

30 minit selepas masa yg dijanjikan.. si dia datang dengan muka masam.. si dia memulakan bicara.

si dia= awak malam ni saya nak bagitahu awak satu benda, saya harap awak tak marah dan kecik hati dengan saya

aku= tak saya tak kan kecik hati ( perasaan pelik mula timbul)

si dia = saya nak bagitahu yang kita hanya boleh jadi kawan sahaja, kita tak boleh lebih pada tu, maafkan saya kerana mainkan perasaan awak.

aku = ( terpaku ) tapi kenapa awak, apa yang dah jadi. kenapa tiba-tiba? saya ada buat salah dekat awak ke ? kalau ada maafkan saya

si dia= tak, awak tidak buat salah langsung. cuma saya ada sebab saya sendiri. awak tersangat baik untuk saya

aku = awak dah ade pengganti saya ke?

si dia = ( si dia terdiam sambil bangun ) saya harap kita dpt jadi kawan sahaja tak lebih

aku = setelah awak hadir lam hidup saya setelah awak buat saya suka dekat awak. setelah saya dah bagitahu mengenai awak dekat ibu bapa saya. macam ni rupanya hasil yang awak bagi. tidak mengapalah, saya sedih ya saya kecewa pun ya... tapi awak dah tetapkan saya terpaksa bawak hati ni. awak tidak perlu risau pasal saya sebab saya dah tersangat biasa lalui semua ini cuma kali ni hancur hati takkan pernah saya lupakan. dan kita takkan jadi kawan sebab sebelum kita ada hubungan saya tak pernah tegur awak dan kita tk pernah bercakap.


aku bangun dengan perasaan luka masuk lam bilik... pergi bilik air menangis sorang-sorang. buat pertama kali dalam sejarah hidup saya menangis kerana cinta. menagis kerana seorang perempuan..

esokkan kelas..

si dia hadir tetapi hadirnya kali ini membuat kan aku kecewa dan marah. si dia langsung tidak hormat perasaan aku. boleh bermanja-manja dengan kawan lelaki lain di hadapan aku..

dengan kecewa 3 bulan aku ambik masa untuk lupakan.. untuk hentikan perasaan sangat susah terutama malu dengan kawan-kawanku. tapi nasib baik kawan2 ku orang yang mudah fahami masalah kawan.


3 bulan berlalu aku datang dengan dunia baru... aku sudah mula boley bergaul dengan kawan-kawan perempuan yang lain sebab masa ada hubungannya aku sangat sangat jaga hubungan dengan kawan perempuan lain takut si dia sakit hati.

tapi malangnya kenapa si dia seolah-olah tidak suka aku berkawan dengan perempuan lain. bukankah kita tidak ada apa-apa. sampaikan kawan baik dia sendiri yang mesej aku semata-mata bertanya mengenai program yang akan dijalankan bersama dia siap bg warning. aku tidak faham dengan perempuan ini. tipu aku kata 3 bulan hilang rasa sayang tapi bila kenang luka sakit sangat.


kawan-kawan yang banyak menolong aku ada berkata malah bukan sorang tapi ramai dalam kelas si dia asyik memandang ku dan juga aku dapat tahu yang dia baru sahaja putus dengan orang lain dan berminat untuk sambung balik dengan aku.'hahahahaha' aku hanya dapat ketawa sahaja.


dalam hati aku berkata bukankah aku ini terlalu baik untuk kamu, terlalu sempurna untuk kamu. kamu tidak layak untuk aku. hurm..

jikalau engkau pernah ade hubungan dengan seseorang dan orang itu sempurna. selalu jaga kamu selalu buat kamu bahagia. jagalah dia simpanlah dia. kerana orang ini kebanyakannya susah untuk sayang seseorang bila dah sayang dia akan jaga kamu dengan seelok2nya tapi bila dia dah terluka untuk dia kembali memang tidak mungkin walaupun sayang tetap ada



No comments: