Sunday, 23 August 2015

Semangat

SEMANGAT OH..SEMANGAT!

Didalam badan,Kita ada dua tenaga, energetik dan lemah longlai. Kedua-dua energi ini dipengaruhi oleh minda. Dalam erti kata lain, bergantung pada mental state kita.

Kita akan menjadi tidak semngat apabila mental state ataupun tanggapan awal yg kita fikir bahawa kita tidak boleh lakukan.. pada awal2 kita sudah lemah dengan mengatakan kita tidak boleh lakukan sehingga menyebabkan kita tidak semngt bila hendak melakukan apa-apa

Minda mengikut apa yang kita bayangkan di fikiran. Andai di fikiran kita membayangkan yang kita ni lemah serta kurang bersemangat, maka minda separa sedar akan memberi arahan direct kepada sistem saraf badan supaya menjadi lemah, slow dan nampak kurang bertenaga.

Ia juga dipengaruhi oleh emosi. Kekadang kita down bila orang mentertawakan kita.

Selepas itu, muncul bayangan di dalam minda yang kita menjadi seperti apa yang kita bayangkan. Lantas, minda menangkap apa yang Anda fikiran dan tidak semena-mena, Anda jadi kurang bersemangat.

Perkara ini sebenarnya boleh diubah. Bagaimana?

Untuk mengubah luaran, kita perlu mengubah dalaman.
Jadi, bila Anda rasa kurang bersemangat, lemah longlai, mengantuk dan feel sleepy, bayangkan dalam minda yang Anda berubah menjadi orang yang energetik, aktif dan bertenaga. Dalam fikiran, Anda melihat diri Anda menjadi orang yang bersemangat!

Minda cepat menangkap bayangan visual bahkan lebih peka kepada imaginasi yang Anda bayangkan dalam fikiran. Apa jua yang Anda bayangkan, itu yang akan jadi.

Mulai hari ini, bayangkan diri Anda sebagai orang yang sentiasa bersemangat dan sentiasa bermotivasi. Lama-kelamaan, ia akan menjadi tabiat yang melekat di dalam diri Anda.

Inilah salah satu cara bagaimana mahu tetap bersemngat.. insyaallah sentiasa semangat semua..

No comments: