Setiap orang yang lahir dalam dunia ini tidak sempurna.. tidak akan sempurna dan tidak pernah sempurna kecuali kekasih allah nabi Muhammad kita.
Manusia akan ada kekurangan dalam setiap diri masing2. Mungkin ada yang beranggapan bahawa apabila melihat seseorang itu die merasakan diri orang tersebut sempurna tapi percaya ada kelemahannya yang kita tidak ketahui.
Mencari kelemahan diri sendiri amatlah baik berbanding kita mencari kelemahan diri orang lain kerana membukak kelemahan diri orang lain amat lah tidak baik perbuatannya tetapi dengan mencari kelemahan diri sendiri kita dapat tahu dan mengenali apa yang kurangnya dalam diri kita dan bagaimana cara untuk kita mencuba untuk menghapuskan kelemahan diri kita.
Di sini abang nik nak kongsikan 3 cara bagaimana kita ingin mengetahui cara nak kenal diri sendiri agar kita lebih aware dan cube untuk memperbaikinya.
Pertama = guru
Guru adalah merupakan insan yang penting. Dengan berguru, kita akan dpt tahu mana kekurangan kita dan guru tersebut dpt memberitahu apa kelebihan kita apa kekurangan kita dan bagaimana cara kita nak hadapinya mahupun tangani kelemahan kita sendiri.
Kedua =sahabat sejati
Perkara ini amat pwnting kerana sahabat orang yg sellu bergaul dengan kita orang yang tahu perangai kita, tingkah laku kita. Dan bila masa kita ada kelemahan sahabat sejati yang plg sesuai untk memberi tahu apa kelemahan yang ada pada kita tapi kene sentiasa beringat cari kawan atau sahabat yang betul bukannya talam 14 belas muka.
Ketiga = musuh
Abang nik kelaskan musuh sebagai satu cara mengetahui bagaimana mengenali kelemahan diri bukan bermaksud kita harus mencari musuh kita tetapi ambil dari sudut positif iaitu bila kita mengetahui musuh kita. Kita dpt mengetahui kelebihan yang ada pada musuh dan kelebihan yang ada padanya berbanding dengan kita dan seterusnya boleh menjadi petunjuk apa yang ada pada musuh dan tidak ada pada diri kita. Yang tak ada pada diri kita itu adalah kelemahan diri kita.
Kelemahan diri janganlah dianggap sebagai satu masalah yang besar kerana kita seharusnya menjadikan kelemahan yang ada sebagai satu cara untuk membuatkan kita lebih bersemangat dan sebagai satu cabaran untuk kita bagi memperbetulkan kelemhan yang ada..
No comments:
Post a Comment