Monday, 5 January 2015

Kota Bharu diselaputi debu selepas banjir



Rakyat Kelantan kini berdepan dengan situasi membimbangkan apabila menghadapi persekitaran berdebu kesan banjir yang melanda baru-baru ini.


orang ramai termasuk pembantu jurupam di stesen minyak dan penjual di tepi jalan terpaksa menggunakan topeng muka ketika aktiviti harian kerana cuaca berdebu teruk.






Laluan utama Bandar Kota Bharu yang ditenggelami air sebelum ini, meninggalkan kesan lumpur seolah-olah 'menghilangkan seri' bandar tersebut.

Selain itu, masih banyak premis perniagaan termasuk kedai-kedai makan masih belum beroperasi.

Bahkan ada juga peniaga yang nekad membuka kedai makan mereka selain segelintir peniaga jalanan mengambil kesempatan berniaga walaupun laluan berdebu.
Sekiranya keadaan itu berterusan, ia bukan sahaja berisiko terhadap kesihatan terutama sekali gangguan pada pernafasan, batuk dan sakit mata tetapi keselamatan pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, orang ramai yang berada di bandar ini khasnya mereka yang mempunyai penyakit berkaitan pernafasan, dinasihatkan supaya mengelak kawasan berdebu atau menggunakan topeng muka ketika berada di luar bangunan.



abang niks rasa.. untuk mengembalikan keadaan kota bharu sedia kala.. tidak kiralah kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat haruslah saling bekerjasama dalam hal ini kerana ia tidak memberikan keuntungan kepada sesiapa tetapi ia hanyalah semata-mata demi rakyat tercinta sahaja

No comments: