Saturday, 6 December 2014

penguatkuasa ditumbuk oleh brade ''lembu''


dalam kejadian 4.30 hari jumaat di kajang.. seorang anggota mpkj didakwa ditumbuk oleh samseng yang menjaga lembu tersebut..

dalam kejadian tersebut, anggota MPKj dikatakan menangkap dua lembu liar milik suspek selepas haiwan itu didapati berkeliaran di kawasan perumahan Bandar Sungai Long di sini. operasi ini dilakukan apabila menerima aduan daripada orang ramai mengenai lembu yang mengotorkan kawasan perumahan  mereka.. 

anggota mpkj dikatakan telah menangkap dan memindahkan lembu tersebut ke dalam lori.. bagaimanapun lori tersebut telah dihalang oleh dua lelaki yang didakwa pemilik lembu tersebut.

suspek yang tidak berpuas hati bertindak dengan memecahkan cermin lori mpkj dengan menggunakan topi keledar.

seorang suspek naik atas lori dan memutuskan tali ikatan lembu tersebut dan kemudiannya menumbuk salah seorang pihak berkuasa mpkj

susulan itu anggota mpkj berkenaan membuat laporan polis dan suspek2 yang terlibat telah ditangkap untuk membantu siasatan pihak polis.. 

No comments: