Pelakon kontroversi kelahiran Indonesia, Nikita Mirzani nekad menghapuskan tatu pada tubuh badannya kerana ingin menjadi contoh yang baik kepada dua orang anaknya. Namun wanita beragama Islam ini menafikan kononnya dia kini sudah bertaubat.
“Saya nekad hapuskan tiga tatu di bahagian dada dan selebihnya di bahagian tangan. Umur sudah semakin tua, jadi harus jadi contoh yang baik kepada anak-anak.
“Tatu ini sebenarnya lebih mengeksperikan diri saya yang sebenarnya. Ada maksud yang tertentu mengenai tatu ini. Tapi tidak bermaksud jika sudah hapuskan tatu, saya sudah bertaubat. Malah mungkin saya akan tambah yang baru, mana tahu,” jelasnya kepada pihak media.
Nikita sebelum ini menjadi perhatian pihak media di Indonesia menerusi tindakannya menuntut cerai sebanyak empat kali alam masa setahun terhadap suami, Sajad Ukra di Mahkamah Agama Jakarta Selatan.
Lebih mengejutkan selepas dua bulan bernikah dengan Sajad Ukra pada bulan Okotber tahun lalu, rumah tangga Nikita telah memfailkan tuntutan cerai di mahkamah selepas menuduh suaminya yang lebih mengutamakan rakan-rakan berbanding keluarga.


No comments:
Post a Comment