Kumpulan K-Pop terkenal Exo dikritik hebat oleh pihak media negara China berikutan tindakan ketua kumpulan tersebut iaitu Suho yang dianggap biadap terhadap pelakon dan penyanyi terkenal Andy Lau.
Insiden tersebut berlaku semasa anugerah Mnet Asian Music Awards 2014 (MAMA 2014) yang berlangsung pada Rabu.
Suho didakwa tidak menghormati pelakon terkenal itu apabila mengambil trofi kemenangan untuk kategori ‘Artist of The Year’ dengan menggunakan sebelah tangan serta tidak berpaling ke arah Andy Lau yang merupakan penyampai anugerah untuk kategori tersebut.
Menurut laporan Koreaboo.com, pihak media China juga telah memuat naik sekeping foto sebagai bukti..
Ekoran daripada kejadian itu, rakyat negara China telah memberikan komen negatif kepada kumpulan tersebut dan ada yang mengatakan mereka terlalu sombong dan ego kerana populariti mereka meningkat dalam masa yang singkat.
Bagaimanapun ada juga segelintir pihak yang mengkritik media China yang memuat naik gambar tanpa usul periksa kerana artis kesayangan negara mereka, Andy Lau tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut.

.jpg)
No comments:
Post a Comment