Saturday, 10 May 2014

masjid

Assalamu'alaikum wbt
minta perhatian kepada muslimin, muslimat, mukminin & mukminat yang dirahmati Allah lagi disayangi Allah...

Di sini ambo nok royak sikit.
marilah bersamo2 kongsi pitih yg Allah bui pinjam tu kat bumbung masjid ni. rah Allah tuuu. byk barokah tauuu...
gnilah seney crito.
sharing is caring.
so,
sharelah pitih hok ado tu. xse bui sikit, bui banyok. kalu xikhlas, builah seikhlas blh.
gitulah ambo blh oyak.
penah dgr x org bersdekoh jd bankrup???
kalu xdop maka sharelah pitih tu utk wak bumbung masjid ni. skalo keh kito sero was2 nk sdekoh ni. loni xsoh was2lah, dijamin yakin 100%. xcayo tnyolah ambo ni...
* pringatan:
jgn lupo share pitih hok Allah bg pinjam tuuuuuu

Pihak Pondok Tunjong dahulukan TERIMA KASIH




Ketahuilah kiranya saudaraku, membina masjid itu amat besar kelebihannya berdasarkan hadith Turmudzi:

Sumber Uthmaan b. Affan, katanya: Siapa membinakan sebuah masjid kerana Allah(dengan iklas), nescaya Allah akan membinakan untuknya seumpamanya syurga

Kata Abu Isa At-Turmudzi, dalam bab ini terdapat beberapa hadith sumber Abu Bakar As-Siddiq, Umar, Ali, Abdullah b. Umar, Anas, Ibnu Abbas, Aisyah, Hurairah dan Jaabir b. Abdullah. Kedudukan hadith ini Hasan.

Di samping itu didapati Nabi SAW bersabda:
Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.[Hadith  riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Masalah: Hukum membesarkan masjid
Ya saudaraku, pada kira-kira tahun 30 Hijriyyah, Khalifah Uthman b. Affan r.a menyedari penduduk kota Madinah telah meningkat ramai di mana memerlu diluaskan Masjid Nabi SAW menyebabkan ada bantahan dariapda orang ramai dan khalifah berkata:
Sungguhnya kamu banyak membantah, sedangkan sungguhnya saya mendengar Nabi SAW bersabda, Siapa membina masjid kerana mencari keredhaan Allah pastilah Allah akan membinakan untuknya seumpamanya dalam syurga.[Hadith Riwayat Al-Bukhari]

Masalah: Berpahalakah membaiki masjid?
Ya saudaraku, hadith sebelum ini menunjukkan berpahala membina masjid, manakala membaikinya juga telah disahkan oleh ulama sebagai membinanya(secara mengambil pengertian yang sama). Demikian juga jika membinanya secara bergotong-royong, di mana masing-masing orang akan memperoleh pahala.

Masalah: Bolehkah pahala membina masjid secara beramai-ramai?
Berdasarkan hadith-hadith yang telah disebut yang menggalakkan membina masjid sama ada besar atau kecil. Manakala hadith yang dikeluarkan Ibnu Khuzaimah menyebut, .sekalipun sebesar sangkar burung Qutaat. Sedangkan keluasan ini amat sempit, maka menunjukkan boleh membina (atau membaiki) masjid secara berkongsi dan masing-masing akan mendapat pahala menurut sumbangannya.

Masalah: Hukum atau akibat membina masjid tanpa ikhlas.
Ya saudaraku, ruh atau jiwa bagi sekalian pekerjaan itu ialah ikhlas. Siapa membuat ibadah tanpa ikhlas, iaitu dengan riya(suka memperlihatkan) dan samah (suka memperdengarkan), maka tiadalah dia memperoleh pahala dan tidaklah memperoleh balasannya di akhirat; seperti dia ingin memasyhurkan nama dan ingin bermegah, sebagaimana kata Ibnu Jauzi, Siapa menuliskan namanya di atas masjid yang dibinanya, maka dia adalah jauh daripada ikhlas. Sebab maksud Nabi SAW ialah, Siapa membina masjid kerana Allah.

Masalah: Balasan bagi orang yang membangunkan masjid.
Balasannya ialah Allah akan membinakan sebuah rumah seumpamanya di syurga. Kata Imam An-Nawawi, maksud rumah seumpamanya itu ialah; 1) rumah besar(istana) yang tidak pernah di lihat mata dan tidak pernah di dengar telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorang. 2) rumah yang mempunyai kelebihan daripada rumah-rumah dalam syurga seperti kelebihan masjid berbanding dengan rumah-rumah dalam dunia.



kedudukan pahala bagi orang yang membelanjakan duitnya untuk membina masjid(persoalan dan juga jawapan)

Kedudukan Pahala Orang Yang Membelanjakan wangnya Untuk Menyiapkan Pembinaan Masjid

Seorang hamba Allah telah mewaqafkan wang sebanyak rm500,000.00 untuk membina sebuah masjid. Wang tersebut telah diamanahkan oleh pewaqaf kepada seorang hamba yang juga selaku Pengerusi Pembinaan Masjid tersebut. Oleh kerana wang tersebut dipegang terlalu lama oleh pemegang amanah maka berlakulah pecah amanah di mana lebih ¾ daripada wang tersebut telah digunakan untuk kepentingan sendiri.

Setelah siap pembinaan bangunan masjid berkenaan, pemegang amanah telah didapati gagal membayar baki tuntutan kepada pemborong sebanyak rm161,000/00.

Sehubungan dengan itu, seorang hamba Allah hendak berwaqaf wang sebanyak rm200,000.00 untuk membayar baki hutang pemegang amanah tersebut kepada pemborong sebanyak rm161,000.00 sedangkan beliau berniat untuk mendapat pahala membina masjid.

Adakah pewaqaf tersebut mendapat pahala membina masjid, sedangkan pada hakikatnya dia hanya membayar hutang yang tidak dapat dilunaskan atas sebab pecah amanah?


Jawapan:


الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله محمد صلى الله وعلى آله وأصحابه والسالكين سبيله، والداعين بدعوته إلى يوم الدين وبعد

Masjid ialah tempat yang mulia lagi dimuliakan. Peranan masjid dalam kehidupan orang Islam itu sangat penting. Ia berhubung rapat dengan unsur ketakwaan sepertimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala:

لمسجدٌ أُسس عَلَى التّقوَى

(سورة التوبة: 108) 


Tafsirnya: “Kerana sesungguhnya masjid yang telah didirikan di atas dasar taqwa.”

(Surah At-Taubah:108)


Memandangkan fungsi masjid itu sangat penting kepada umat Islam, maka orang-orang Islam disuruh memberi perhatian yang serius terhadap pemeliharaan dan penta’miran masjid dengan berbagai aktiviti keilmuan dan lain-lain yang berfaedah dan bermanfat kepada masyarakat Islam.

Namun yang lebih besar ganjarannya terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid itu ialah membina masjid itu sendiri. Di antara sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai keutamaan dan kelebihan membina masjid ialah:


مَنْ بَنَى لله مَسْجِدًا بَنَى اللهُ لُه فى الجنة مثلَهُ
(رواه مسلم)


Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah nescaya Allah akan membina baginya di dalam Syurga (binaan) seumpamanya.”


(Hadis riwayat Muslim)

Masjid yang dibina itu tidaklah mengira sama ada besar atau kecil semuanya akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala sepertimana hadis yang diriwayatkan daripada Anas Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

من بنى لله مسجدا صغِيرًا كَانَ أم كبيرًا بَنَى الله لَهُ بيتًا فِى الجَنّةِ

(رواه الترمذى)

Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang membina masjid sama ada kecil atau besar nescaya Allah ‘Azza wa Jalla akan membangunkan baginya sebuah rumah di dalam syurga.”

(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Telah disebutkan oleh Al-‘Allamah Nuruddin Ali Al-Ajhuri di dalam kitab beliau Fadhl Insya’ Al-Masajid wa Imaratiha hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “Bahawa masjid-masjid dunia itu akan dibawa ke dalam syurga, pengelola-pengelola dan penjaga-penjaga masjid-masjid, bilal-bilalnya dan imam-imamnya berarak menarik masjid-masjid itu dan ahli jemaah masjid-masjid itu mengiringkan perarakan itu. Orang masa itu bertanya: “Siapa itu? Malaikat-malaikat atau nabi-nabikah?: Kemudian diberi tahu bahawa itu bukanlah malaikat-malaikat dan bukan juga nabi-nabi, hanya pengusaha-pengusaha masjid-masjid dan orang-orang yang sembahyang di dalam masjid itu”.

Begitulah ganjaran serta balasan yang diperolehi oleh mereka yang menyahut seruan Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk membina rumah Allah ‘Azza wa Jalla.


Mengenai dengan orang-orang yang menta’mir masjid pula Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memandang sebagai ahlullah. Sabda Baginda: 


إنما عمار المساجد هم أهل الله

(رواه أبو بكر البزار)


Maksudnya: “Orang-orang yang menta’mir (menghidupkan) masjid-masjid adalah ahlullah

(Hadis riwayat Abu Bakar Al-Bazzar)

Dengan demikian mereka yang membina masjid juga berhak atau termasuk digelar sebagai ahlullah kerana kalau tiada masjid yang mereka bangunkan sudah tentu penta’miran masjid tidak dapat dilaksanakan oleh sesiapa yang berhak berkhidmat kepada masjid. 

Dalam soal memelihara masjid, kita disuruh membuang kotoran-kotoran dan najis-najis yang ada padanya dan kita dilarang membuat sesuatu yang boleh membawa kepada pencemaran masjid sekalipun perkara itu pada anggapan kita adalah perkara yang ringan seperti bau-bauan yang boleh menganggu keselesaan jemaah. Bahkan, sebaliknya kita disuruh mewangikan masjid dengan bau-bauan yang harum.

Jika diamat-amati dengan teliti hadis-hadis mengenai kelebihan membina masjid, kita akan mendapati bahawa ganjaran itu bukan hanya bagi mereka yang terlibat secara langsung di dalam pembinaan masjid itu, malahan mereka yang terbabit secara tidak langsung pun turut sama mendapat balasan sedemikian. Perkara ini berpandukan kaedah di dalam ilmu ushul figh bahawa setiap yang umum itu kekal keumumannya selagi tidak ada adil yang meng khususkannya. Hadis tersebut hanya menjelaskan “ sesiapa yang membina masjid “ tanap menerangkan dengan terperinci sama ada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak. 

Maka berhubung dengan perkara sesiapa yang menyumbangkan wangnya atau turut serta untuk menyiapkan bangunan masjid adalah dia itu termasuk di dalam golongan mereka yang disebut di dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermasuk “ sesiapa yang membina masjid…” insya’ allah dia juga akan mendapat ganjaran sebagaimana yang disebut oleh hadis. Walaupun dia hanya setakat menjelaskan baki hutang pemegang amanah kepada pemborong, namun dia dengan sendirinya turut menjadi rakan kongsi yang mempunyai saham dalam membiayai pembinaan msjid yang bakal diwaqafkan itu. Setiap rakan kongsi dalam membina masjid yang bakal di waqafkan itu. Setiap rakan kongsi dalam membina masjid akna mendapat ganjaran yang sama sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab Bughyah Al-Mustarsyidin h. 63:

لَو اشتَرَكَ جَمَاعَةٌ فِى بِنَاءِ مَسجدٍ بنى لِكُلّ مِنْهُم بيتُ فى الجنة كمَا لَو أعتق جمَاعَةٌ عَبدًا فَإن كُّلا يُعْتِقُ فِى النار 


Ertinya : “ kiranya suaru kumpulan berkongsi membina masjid , maka setiap ahli kongsi kumpulan itu akan dibangunkan rumah di dalam syurga, sebagaimana juga kalau suatu kumpulan memerlukan seseorang hamba, sesungguhnya tiap-tiap ahli kumpulan itu akan dimerdekakan daripada api neraka”

Bahkan tindakan orang tersebut bukan sahaja mendapat pahala kerana membina masjid malahan lebih jauh dari itu, dia juga akan dapat pahala kerana melepaskan saudaranya yang dalam kesusahan disebabkan tidak dapat menyiapkan memakai ( menggunakan ) wang pembinaan masjid itu. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam kepada orang yang menolong saudaranya :

ولله فى عَوْنِ العَبْدِ مَا كَانَ العبدُ فِى عَوْنِ أخيةِ 

(رواه مسلم )

Maksudnya : “ Dan ( ktahuilah ) allah sentiasa bersedia menolong hambanya selama itu hamba itu bersedia menolong saudaranya.”

( hadis riwayat Muslim )






Sabda Baginda lagi : 

مَن نَفّسَ عَنْ مُؤمِنٍ كُربَةً الدّنيَا نفس الله عنه كُرْبَةً من كرُب يوم القِيَامَةِ ، وَمِن يَسّرَ على مُعْسِرٍ ، 
يسر الله عليه فى الدنيا والآخرة 

( رواه مسلم )

Maksudnya : “ sesiapa yang melepaskan seseorang mukmin daripada salah satu kesusahan dunia , maka allah akan melepaskan salah satu kesusaahnnya pada hari kiamat dan sesiapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat ” 

( Hadis riwayat Muslim )


Satu perkara yang perlu diingat dalam kita melaksanakan tuntutan-tuntutan sunat yang diperintahkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala ialah semata-mata ikhlas menunaikan tanpa melihat kepada ganjaran yang akan dikurniakan , kerana keperibadian muslim sejati ialah, orang yang apabila allah memerintahkannya untuk melakukan sesuatu tuntutan , lebih-lebih lagi tututan wajib atau haram, maka dia akan mengatakan : “ kami mendegar dan kami taat”. Soal ganjaran atau pahala, serahkan sahaja kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Adapun menyebut tentang ganjaran atau pahala itu ialah untuk lebih merangsang lagi seseorang melakukan amalan-amalan yang baik.

Sebagai peringatan jua bahawa perbuatan khianat ( pecah amanah ) itu adalah suatu perbuatan yang amat dibenci oleh agama. Perbuatan khianat merupakan satu cirri daripada cirri-ciri orang munafiq. Ini dijelaskan oleh Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam dalam hadis Baginda.

آية المنافق ثلاثة : إذا حدث كذا حدث كُذِبَ وإذا وعدَ أَخلف ، وإذَا اؤتمن خَان 

( رواه البخاري )


Maksudnya : “ Tanda orang munafiq itu ada tiga iaitu jika bercakap dia berdusta, jika berjanji dia mungkar dan jika diamanahkan dia khianat ”.

( Hadis riwayat Bukhari )

Adapun balasan yang akan ditanggung di akhirat oleh orang-orang munafiq ini ada dijelaskan di dalam Al-Quran, seperti firman Allah:


إن المنفقين فى الدّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النّارِ ولَنْ تَجِد لَهُم نَصِيرًا

( سورة النساء :١٤٥)


Tafsirnya : “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak
sekali-kali akan mendapati sesiapapun yang boleh menolong mereka.”

(Surah An-Nisa : 145)

Perbuatan menggunakan harta orang lain secara bathil sangatlah dicela dan ditegah oleh agama Islam sepertimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:


ولا تَأكُلُوا أَمْولَكُم بَيْنَكُمْ بِالبَطِلْ
( سورة البقرة :۱۸۸)

Tafsirnya : “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil ) harta (orang lain) di antara kamu engan jalan yang salah.”
(Surah Al-Baqarah : 188)

Orang yang memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah itu akan dicampakkan ke dalam api neraka dan tidak akan masuk syurga kecuali setelah menerima azab atas perbuatannya itu.




Sabda Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam :

إنه لا يدخل الجنة لَحْمٍ نبت مِنْ سُحْتٍ
(رواه أحمد)


Maksudnya : “Sesungguhnya tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh daripada perkara yang haram”
(Hadis riwayat Ahmad)

Berdasarkan maksu-maksud umum hadis-hadis yang menerangkan tentang kelebihan membina masjid, maka tidak syak lagi orang yang membelanjakan hartanya bagi menyiapkan masjid yang belum selesai itu yang akan mendapat ganjaran sebuah rumah di dalam syurga, insya’ Allah. (Buqhyah : 63)



No comments: