Tuesday, 26 February 2013

Sifat sifat neraka jahannam


Sifat sifat neraka jahannam


F

Menurut anas bin malik R.a suatu ketika malaikat jibril mendatangani Rasulullah s.a.. kedatangan malaikat bukan seperti biasanya. Wajah jibril nampak tua dan beruban.
“aku tidak pernah melihat perubahanmu seperti ini?” tanya Rasulullah S.A.W .
“ wahai muhammad, aku datang bertetapan dengan perintah allah tentang dinyalakannya api neraka . oleh kerana itu tidak wajar yang mengetahuinya tentang kenyataan neraka jahannam, seksa kubur dan seksaNya yang terbesar lalu bersikap gembira, “ kata jibril
“ Jibril tolong jelaskan kepadaku sifat-sifat jahanam itu,” pinta nabi muhammad S.a.w
“ketahuilah wahai muhammad, setelah Jahannam diciptakan, Allah s.w.t kemudian menyalakan selama seribu tahun sampai api berwarna merah. Selanjutnya dinyalakan kembali selama seribu tahun pula sehingga api di neraka jahannam berwarna putih. Selanjutnya ditambah seribu tahun lagi sehingga api di neraka jahannam itu bewarna hitam gelap. Semenjak itu api neraka tidak pernah padam walau sebentar. Demi ALLAH, jika terjadi kebocoran sebesar lubang jarum sahaja, pasti penghuni dunia musnah terbakar dan hangus akibat kepanasan neraka itu.”
“ Demi ALLAH, jika pakaian penghuni neraka dilepaskan di antara langit dan bumi pasti seluruh dunia akan terbakar. Demi ALLAH, jika satu mata rantai neraka diletakkan di atas bukit,pasti bukit itu akan meleleh sampai kedasar bumi. Demi ALLAH, jika seseorang diseksa di kutub barat pasti penghuni kutub timur menjadi hangus kerana panasnya.”
“neraka jahannam itu sangat dalam, dihiasi besi, air bercampur nanah sebagai minuman untuk penghuninya. Di sana terdapat tujuh pintu, masing masing mempunyai bahagian tertentu dari lelaki dan wanita,” jibril menjelaskan
“ Apakah seperti pintu-pintu rumah kami?” tanya NABI MUHAMMAD S.A.W
“Tidak. Tidak selalu terbuka. Setiap pintu mempunyai jarak tujuh puluh tahun,kemudian musuh-musuh allah digiring sampai ke pintu yang dijaga oleh malaikat Zabaniyyah dengan rantai terbelenggu.
Rantai itu kemudian dimasukkan kedalam mulut mereka sampai menebusi dubur. Tangan kiri diikatkan ke leher, sedangkan tangan kanan dimasukkan ke dada menembusi bahu. Syaitan merangkul setiap manusia yang masuk ke dalamnya dan malaikat menyambut dengan pukulan besi. Mereka tidak dapat keluar dan bebas dari seksa itu.”

ILMU ALLAH HARAP DAPAT DISEBARKAN INSYAALLAH

No comments: