Tuesday, 26 February 2013

PERINGATAN PENtiNG BAGI KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT (SAHKAN SOLAH ANDA)=BAHAGIAN 3




F

Assalamualaikum semua. Kali saya akan menyambung kembali tajuk kita iaitu peringatan bagi kaum muskimin dan muslimat yang bertajuk “sahkan solah anda” bahagian 3. Sama2 lah kita mengamalkannya insyaallah
Perkara-perkara yang membatalkan dan menjadikan solah kita tidak sah adalah:

1.    Badan/pakaian/tempat solah kena najis seperti air kencing,kencing tikius, tahi kucing dan sebagainya. Tetapi jika dibuang dengan segera seperti tahi cicak –dari badan atau pakaian maka tidak batal. Ini dikatakan menanggung najis. Kalau dibuang dengan segera semasa solah itu tidak batal syaratnya tidak melekat di pakaian . kalau melekat batal lah solah

2.    Kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan(bersunat) atau kanak-kanak perempuan yang memakai pampers yang sudah lama tempohnya (masanya) jika datang memegang kepada bahan orang yang sedang solah maka hukumnya batal solah dalam mazhab Syafi’e kerana ia dikira ada menanggung najis . seeloknya ditukarkan pampersnye(bagi kanak-kanak perempuan sahaja) dengan yang baharu supaya tidak meadi was-was kepada orang solah.adapun anak lelaki hendaklah dijauhkan semasa solah kerana kanak-kanak lelaki yang belum bersunat dia itu menaggung najis dalam kemaluannya yang tidak dapat disucikan kecuali deengan bersunat. Kalau ia telah bersunat di waktu kecil lagi maka tidaklah batal solah kalau ia datang memegang kita.


3.    Bergerak tiga kali berturut-turut/menggaru gatal dengan anggota besar tetapi tidak batal dengan satu anak jari walau berkali-kali tetapi makruh hukumnya

4.    Muntah sama ada sengaja atau tidak sengaja


5.    Tidak berdiri betul semasa hendak mengangkat takbiratul ikhram dan semasa iktidal seperti menyandar badan ke dinding atau mereng dikala berdiri. Kerana berdiri dengan betul adalah rukun solah bagi yang berkuasa tetapi kalu tidak berkuasa bolehla duduk  kalau tidak kuasa  duduk boleh secara mengiring kalau tidak kuasa boleh secara terlentang. Kalau tidak kuasa boleh secara isyarat kalau tidak kuasa juga boleh dengan pelupak mata kalau tidak kuasa juga juga juga itulah penyudahnya (mati)

6.    Terkena darah binatang seperti pacat,pijat,nyamuk tetapi kalau darah sendiri seperti luka/bisul/kudis selepas dibalut tetapi masih ada lagi darahnya , maka dimaafkan  jika terkena pada pakaian. Tidak batal solah. Kalau luka parah pun tidak batal solah kerana sahabt baginda solah dalam keadaan badan berdarah terkena panah musuh


7.    Menjadi Murtad-waliyauzubillah-iaitu keluar agama islam dengan kerana iktiqad atau syak dengan perkara-perkara  yang merosakkan  aqidah seperti ALLAH SWT itu zalim,tidak berkuasa dan sebagainya. Kalau terlintas-tidak diniatkan-maka tidak batal kerana itu adala bisikan syaitan jangan dihiraukan.

8.    Solah di tempat  ada najis /terkena najis yang masih basah, tetapi jika sudah kering dan dihampar atasya dengan sejadah/tikar maka tidak batal solahnya.


9.    Bagi mereka yang solah berjemaah, jangan mendahului imam sebanyak dua rukun dalam satu rakaat jika satu hukumnya sahaja hukumnya adalah makruh. Seperti terdahulu rukuk sebelum imam rukuk

10.                      Tidur yang tidak tetap punggungnya. Kalau tetap papan punggung maka tidak batal solah seperti juga tidak batal wuduk  jika tidur tetap papan punggungnya.

11.                      Membaca al-fatihah salah sebutannya kecuali selepas belajar bersungguh-sungguh maka dimaafkan, kerana silap sebutan atau makhrajnya, panjang pendeknya, akan mengubah makna ayat al-fatihah. Jika ini berlaku akan menjadi batal dan tidak sah solatnya

12.                      Bagi mereka yang solah berjemaah, semasa memasuki solat(takbiratul ikhram). Imam selesai sudah selesai baca ayat dan bersedia untuk rukuk atau imam sedang rukuk, maka hendaklah bertakbir dan diam sekejap(tomakninah) sebelum rukuk, tidak payah lagi baca al-fatihah  kerana ianya orang masbuk. Maka jika ia rukuk dan sempat berada semasa imam semasa rukuknya (tomakninah) maka dikira ia dapat rakaat itu. Kalau tidak sempat/berselisih dengan imam semasa ia rukuk itu maka ia dikira ia tidak dapat rakaat itu dan mesti ia tambah satu rakaat selepas salamm imam nanti. Kalai ia tidak tambah satu rakaat lagi maka solahnya batal dan tidak sah

13.                      Bagi mereka yang sedang solah berjemaah-semasa memasuki solah imam sedang rukuk/sudah rakaat yang lain-maka hendaklah ia tambah rakaat yang kurang itu untuk sempurnakan rakaat solatnya, jika tidal solah nya bataal..

14.                      Bagi orang perempuan pula jangan biarkan alau seurat rambut terkeluar dari tutupan kepala jika terkeluar batal solahnya

15.                      Tidak sah dan tidak dikira solah kalau kalau solah sebelum masuk waktunya (solah luar di haramkan) kecuali solah yang diqadakan atau solah sunat tetapi tidak dalam waktu diharamkan seperti solah subuh (waktu subuh belum habis lagi) dan selepas solah asar (waktu asar belum habis lagi) dan juga semasa matahari tegak atas kepala betul-betul. Kecuali masih tidak tegak dengan betul atas kepala maka boleh lah solah. Kecuali solah di MASJIDIL HARAM boleh solah pada bila-bila masa, tidak ada waktu haram /tahrim untuk solah didalamnya.

16.                      Hanya solah yang mengikut seperti yang dilakukan oleh rasulullah SAW dan mengikut cara-ara solah dari awal sampai akhir beserta dengan cara-cara duduk dan bangunnya serta yang berkenaan dengan solah sahajalah yang diterima dan diberi pahala oleh ALLAH SWT  selepas dijaga dan dilakukan syarat-syarat penerimaan olehnya dan diberi pengampunan akan dosa yang kecil yang telah dilakukan oleh pelakunya.
Mana-mana solah yang tidak mengikut cara-cara yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW maka solah itu sama ada sah sahaja (tiada pahala dan tidak wajib diulang kembali) ataupun tidak sah terus (mesti diulang kembali solah). Oleh itu belajarlah betul-betul solah anda da elokkan
Di harapkan kita sama-sama berusaha untuk menjaga solah kita agar solah kita diterima oleh ALLAH SWT  dan menjadi benteng kita kepada api neraka insyaallah . assalamualaikum .........

ILMU ALLAH HARAP DAPAT DISEBARKAN INSYAALLAH
(ikuti peringatan penting “sahkan solah anda” di post yang lain insyaallah)

No comments: