{diambil dari google imej}penjimatan tenaga???
penjimatan tenaga dilakukan bertujuan untuk menggalakkan menggunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga ,menggalakkan amalan penjimatan tenaga elektrik ,memupuk kesedaran tentang kepentingan penjimatan tenaga meningkatkan sumbangan ke arah pengurangan pemanasan global
Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.
Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga.
Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga.
Selain itu, sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.
Tenaga Yang Boleh Diperbaharui
tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi seperti cahaya suria, angin, hujan, ombak, geoterma, yang boleh diperbaharui secara semula jadi. Teknologi-teknologi tenaga boleh diperbaharui termasuklah kuasa suria, hidroelektrik, biojisimdan bahan bakar bio.

No comments:
Post a Comment